26 Jul 2017

AIDIL FITRI OPEN HOUSE 2017

15.7.2017 bersamaan hari sabtu, seperti yang telah di rancang, satu majlis pertemuan MUSTAM GENERATION kali ke 4 diadakan. Tahun ini rumah emak mertua aku menjadi tuan rumah. Makna kata sebentar lagi akan ramailah saudara mara sebelah asben akan berkumpul di sini. Alang2 dah ada reunion maka itu kami adik beradik ngan mak mertua merancang buat open house sekali. Masing2  fikirlah apa yg nak di sponsor. Ikut hati aku nak masak jer. Tapi memandangkan keadaan aku yg sarat menunggu hari nak bersalin, asben kata tahun ni kita tempah ajerlah. Kata sepakat di ambil kami order NASI LEMAK PUTRA HEIGHT untuk 300 orang makan. 2 hari sebelum majlis rumah mak dah mula sibuk. Yang pasang khemah, ngan pasang khemahlah. Terpacak sudah 2 biji khemah. Cam kenduri kawin plak. Dalam kepala aku semua aku nak masak.
Dadihlah....
Bubur kacang hijaulah....
Spagetti lah..
Pendek kata segala apa yang yang aku tau semua aku nak masak. Seronok sebenarnya bila hasil dari air tangan kita, dapat menjamu tetamu yang datang.

Dalam dok pikir2 tu saje cakap kat asben nak tak kita tambah menu?. Bukan apa takut tak cukup makanan jer. Asben tanya larat ke? Buat yg mudah2 ajerlah aku cakap. Kata sepakat di ambil setelah bersidang kami nak buat nasi impit ngan kuah lodeh. Asben cakap awal2 dia tak paksa nak buat. Ikut kemampuan aku. Petang jumaat tu aku sempat siapkan puding roti ngan triffle. Itu aje yg mudah bagi aku untuk dessert. Puas hati aku dpt buat jugak. 
Sebelah malam plak asben rebus nasi impit. (Homemade ok. Xde brand nona atau lain2 brand). Sementara asben rubus nasi impit aku kat kat dapur, buat sambal ikan bilis pelengkap kuah lodeh. Dalam pada tu tetiba aku sakit perut. Bukan nak memerut. Adakah dah tiba saat kelahiran? Dari berdiri aku cuba duduk untuk mengurangkan rasa sakit. Hilang sekejap... sambung kacau sambal. Sakit lagi aku mengcangkung plak. Doa2 sempatlah masak sambal bilis aku ni. Alhamdulillah sakit tu hilang. Niat nak ke spital pun turut hilanglah. Hehehehe... so siap jugaklah menyambal utk malam ni. Sambil2 tu aku kerah anak2 aku potong sayur untuk kuah lodeh esok. Jadi esok tinggal masak ajer. 
Hari sabtu pun muncul. Selepas subuh kami laki bini x tido dah. Mula masak kuah lodeh. Bendanya senang aje, cuma sbb masak dlm kuantiti yang banyak, jadi masa atas dapur tu agak lama. 

Ok... kita citer pasal open house plak. Jemputan aku sah2lah semua kekawan aku. Dari SPA, MOA, JKM dan opis baru ni. Majlis bermula jam 2 ptg untuk saudara mara dan jam 3 untuk kekawan. Gambar atas tu ex MOA. Seorang bos yg sporting n hepi go lucky. Seorang yg tegas dalam kerja, tp kami enjoy keje ngan dia. Kalau dia marah sekalipun pasal kerja jer. Habis kerja dah ok. Dia pandai ambil hati anak buahnya sebab itulah dia sentiasa disenangi oleh orang bawahan dia. Thanks sudi singgah kat open house aku

Yang ni team opis baru aku sekarang. Masih peringkat mengenali hati budi masing2. So far so good. Semoga pertemuan ini dapat menjalinkan hubungan ukhwah yang lebih erat lagi antara kita. Tq sudi datang.
17 tahun mengenali dia. Teman sama2 lapor diri di SPA 17 tahun dahulu. 17 tahun sudah kami dalam.perkhidmatan awam. Alhamdulillah hingga saat ini hubungan persahabatan kami kekal. Bukan setakat kami sahaja, asben aku pun berkawan rapat ngan mamat ni sefemly. Tq jugak sudi singgah walau keadaan isterinya sedang sarat tunggu hari nak bersalin.
Memang aku tak sangka kawan dr JKM Jerantut sanggup datang ke Shah Alam. Ingatkan main2 dalam group whatsapp kata nak singgah. Aku send ajerlah location. Kebetulan dia hantar adik ke KLIA, so sebelum balik ke Jerantut singgahlah ke rumah mak mertua aku. Seorang lagi dari JKM Lipis, tp aku tak sempat nak snap gambar ngan beliau. Terharu sangat sebab kalian sudi datang.
Yang ni x yah cakaplah. Ni kazen2 MOA. Sahabat suka duka aku masa berkhidmat di MOA dahulu. Lama dah tak berkumpul camni kan. Kami dulu memang hantu selfie. Banyak kenangan bersama kalian. Kenangan itu yang menjadi pengubat saat2 kerinduan pada kalian. Susah nak cari ganti kekawan cam korang. Miss uollsss..

Tiada ulasan: