2 Ogo 2014

THIRD GENERATION

Balik2 raye dari kampung khamis lepas, aku perasan perut comot dah kempis. Maknanyer dia dah beranak. Selanjutnyer keje aku nak menjejakki kat mana dia letak anak2 dia. Aku perhati jer kalau aku nampak comot. Hari jumaat aku masih cuti lagi, time aku nak mengemas rumah. Aku perasan comot asyik dok kat depan pintu stor ajer. Aku mula mengesyaki sesuatu. Aku pun sajer buka pintu stor, tetiba laju jer comot masuk dalam stor. Dalam hati aku confirm anak2 dia ada kat dalam ni. Hahahaha... seperti yg dijangka sah anak2 comot ada kat dalam tu. Terus comot susukan anak2 dia.

Petang tu jugak soh laki aku alihkan ke dalam kotak. Seperti comot beranak 2 kali sblm ni, dengan perasaan naluri seorang insan kepada kucing aku siapkan jugak rumah dia (kotak ajerlah dialas ngan kain). Tapi nak jadi cerita plak keesokkan hari aku tengok dah xde dalam kotak. Comot dah bawa lari anak2 dia ke mana aku tak pasti. Ni kena pasang spy sekali lg.

Dipendekkan cerita petang tadi, aku nampak kelibat comot sedang menggonggong anak dia nak bawa ke mana, aku tak pasti. Aku usha jer dia. Rupanyer ada hati nak bawa masuk dalam rumah aku. Ooohhh no way my comot. Dalam rumah tak boleh. Hati aku terdetik lalu aku sajer intai bawah katil anak aku. Mak aiii.. rupanyer dah ada sekor kat dalam kotak bawah katil. Liciknyer ko comot. Masa bila ko operasi memindah ni.apa lagi aku angkutlah sekor tu dan letak balik dalam kotak asal... beradulah comot ngan anak2 dalam tu yer.

Tiada ulasan: