9 Ogo 2014

SARDIN ROLL

puas dok fikir, nak wat pe untuk minum petang ni. sudahnyer masa bawa danish ke klinik tadi tetiba terlintas nak wat sardin roll. itu ajer yg mudah bagi aku yang agak pemalas hari ni.
sajee nak share ngan uolls. walau korang dah tahu, xpelah. ini cara aku... bahan utama yg wajib ada semestinyerlah roti. berapa keping, lantak koranglah. sardin yg telah di hancurkan ditambah ngan potongan cili padi. pun ikut suka nak pedas mana, bawang merah dipotong dadu dan perahan air limau kasturi. last sekali telur ayam untuk salutkan roti tu nanti.
inilah rupa roti yg telah diletakkan sardin kat dalam dan digulung. hujungnyer disapu telur supaya lekat. bukan apa kalau tak letak telur takut masa goreng nanti dia akan terbuka. kalau nak kuat lagi, sapu gam UHU.hehehhee. takdelah.. gurau ajee.
roti tadi di celupkan dalam telur dan digoreng ngan api kecil sahaja. kejap ajer. bagi nmpak kekuningan bolehlah angkat.
pekena plak ngan secawan air teh O. perghhh... best wooo.. kena plak kalau memang tengah2 kebulur. konpem habis nyer..

Tiada ulasan: