12 Mac 2018

HIDUP MENYUSAHKAN ORANG

Lama tak menulis ni....
Aku tau kau masih mengikuti blog aku ni. satu benda yang nak kasitau kat ko. Hidup kita ni kalau tak dapat restu dari insan yang bergelar IBU atau  EMAK atau UMI atau MAMA atau sebagainya yang sama erti, hidup ko pasti akan porak peranda. Hidup ko tak pernah tenang. Hidup ko tak pernah rukun damai. Walau ko bergaji ribuan ringgit, sekali ko membelakangkan ibu, xde makna weh..!! Ko mesti rasa duit tu sentiasa tak cukup. 
Orang macam ko ni memang betul2 menyusahkan orang lain. Nasihat aku sila mereput atau sila meninggal. Sila gali lubang kubur sendiri dan terjun dalam tu. Aku tolong kambuskan pun boleh. Tak berkawan manusia cam ko ni sikit pun aku tak heran.. 1 sen pun tak rugi.

17 Sep 2017

KASWI

Jom kita berkaswi petang2 cegini. Pekena plak mgan kopi O panas. Perghhhg.. πŸ‘πŸ‘lah jawabnya. Buat seloyang jer. Itupun banyak sebenarnya. Tak habis pun. Cam beselah, buat agihan ke rumah jiran2. Ni kalau buat untuk jualan pun, ok jugak. Kuih ni mudah jer nak buat dan bahan2 pun orang kata yg sentiasa ada kat dapur. Ok aku kongsi resepinya yer..

BAHAN2
2 Cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung ubi
1 cawan gula
1 cawan gula merah
5 cawan air
3/4 sudu air kapur makan
Kelapa parut (bhgn putih sahaja)
Sedikit garam

CARA2
Campurkan semua bahan. Kacau hingga sebati dan larut. Tapis ke dalam loyang yg telah dileserkan dengan minyak. Kukus selama 45 minit dengan api sederhana besar. Dah masak, sejukkan dulu baru potong dan gaul dalam kelapa yg telah digaul bersama sedikit garam.

Sekarang dah boleh makan. Jom  ngap. Tunggu apa lg

30 Ogo 2017

SUPLEMEMT IBU DALAM PANTANG

Saje nak share ngan korang apa yang aku makan dalam tempoh berpantang anak ke5 aku kali ni. Xde dah aku membeli produk yang mahal2 macam aebelum2 ni. Beli yang mahal2 pun sama aje fungsinya. So dipendekkan citer aku beli set berpantang afiat. 
ESP tu memang dah lama aku minum. Banyak fungsinya. Bukan setakat untuk ibu berpantang. Tujuan asal aku minum ni untuk kuruskan badan. Munum susu ESP ni, dia membuatkan kita rasa kenyang. Jadi kuranglah sikit rasa nak menguyah tu. Selain tu bagi ibu2 yang menyusu plak dia membantu meransang susu ibu lebih banyak. Niat aku kali ni memamg nak anak aku minum sekurang2nya sampai usia 6 bulan secara ekslusif. 

Aku juga amalkan Vit C plus dah lama. Yang ni untuk kulit. Kasi kulit x kusam sgt. Nak cantik jugak kan. Ostemetrix tu untuk elakkan sembelit. Maklum ajeelah lepas2 bersalin ni, takut jugak kalau sembelit. Dengan luka lg nak kena jaga. Seriau wooooo.. Alhamdulillah dengan aku amalkannya segala proses berjalan dgn baik.

Pil jamu afiat tu selepas 20 hari bersalin baru aku makan. Jangan tanya kenapa, sebab dah arahan dia begitu. Nak makan awal2 pun aku tak berani jugak. Takut effect kat baby jer. Takut cirit baby plak. Paling last dan baru jugak aku amalkan ialah tablet femilac. Tablet ni untuk memperbanyakkan dan memeriahkan susu badan. Ternyata betul. Selepas aku amalkan banyaklah jugak susu badan aku. Selain itu dia memwkatkan susu ibu2. 

1 Ogo 2017

TRIFFLE VERSI DALAM PANTANG

Dah lama aku dok usha bahan2 nak wat triffle ni. Setiap kali aku masuk dapur terpandang aje kat buah-buahan dalam tin, serbuk jelly dll. Dok fikir jugak bila agaknya aku boleh buat triffle ni. Keinginan nak makan tu ada, tapi apakan daya aku masih dalam pantang. Masa open house baru ni aku ada buat jugak. Tak sempat nak makan banyak2. Bz sangatlah katakan. 
So hari ni gagahkan jugaklah. Aku nekad nak buat triffle sekaligus melenyapkan segala bahan dari pandangan aku setiap kali masuk dapur. Dah list siap2 kepada siapa akan aku agihkan untuk 5 bekas ni. 
1. Mak mertua
2. Adik ipar
3. Jiran belakang rumah
4. Asben bawa pejabat
5. Untuk anak2 makan

Buatnya senang sangat. Janji kerajinan tu ada. Aku tulis kat sinilah. Sebagai tatapan dan rujukan aku di masa akan datang. Manalah tau lain kali nak buat lagi, tetiba lupa.

BAHAN2
1 tin buah- buahan dalam tin
1 tin susu cair
1 tin air 
1/2 cawan gula
1/2 cawam tepung kastad
1/ 2 cawan jus air dari buah dalam tin
Kek roll
Sekotak jelly

CARA-CARA
Potong kek roll setebal 1 inci. Susun dalam bekas. Renjiskan jus buah-buahan sampai agak2 lembab. Ketepikan. Satukan susu cair, gula, air, jus buah-buahan dan tepung kastad. Masak atas api perlahan sehingga agak pekat. Tuangkan kastad di atas kek yg di susun tadi. Tabur buah-buahan campuran di atas kastad. 

Masak jelly mengikut arahan pada kotak. Tuang atas buah-buahan tadi. Letak dalam peti sejuk dlm 3 jam. Pastu baru boleh makan. Sedap beb..
Kalau nak nampak cantik, buat dalam bekas yg jernih. Boleh nampak dari sisi kejadiannya.Nampak setingkat-setingkat.

BEKPES ORANG PANTANG

Hari ni dah 17 hari aku berpantang. Maka itu hampir 17 hari jugaklah aku bekpes dengan menu di atas. Nak wat camne, bersabar dan bertabahlah. Pejam celik pejam celik tak lama dah habislah tempoh berpantang aku. Tak sabar nak habiskan tempoh itu. Alhamdulillah hingga saat ni aku masih mampu mengawal nafsu makan aku. Takdelah ngade2 nak makan itu dan ini. Waktu pagi memang bekpes aku 
air kopi/ milo + biskut, lunch aku plak nasi ngan  ikan kerisi rebus + ulam-ulaman + air masak. Petang plak aku minum secawan milo + biskut merry dan malam plak lebih kurang jer ngan menu lunch. 
Untuk mengelakkan sembelit aku amalkan makan buah2. Selalunya aku makan oren atau anggur.  Disamping tu aku juga amalkan suplement dari produk SHAKLEE. Antaranya ostematrix untuk mengelakkan sembelit.
ESP untuk meriahkan susu badan disamping mengenyangkan perut dan VIT C untuk serikan kembali kulit2 yang kusam sepanjang tempoh mengandung dulu. Stok SHAKLEE senang jer nak dapat. Aku selalu order ngan NORAIDA OMAR. Kalau korang nak order bolehlah call dia di talian 012-9920365.

29 Jul 2017

WELCOME TO THE REAL WORLD

PUTERA ADAM MIKAIL nama diberi buat cinta hati terakhir aku. Mula-mula aku nak letak nama lain, pastu asben plak nak letak nama lain jugak. Aku cakap tak kisahlah mana-mana. Sebagai penghargaan buat asben, aku serahkan segalanya pada dia. Tak kisahlah nama apa nak letak. At the end nama yg dipilih adalah PUTERA ADAM MIKAIL. Nama pilihan dari anak no 2 (amirul). Oklah tu. Semoga menjadi anak yang soleh, anak yang mendengar kata ibu dan abah serta berjaya dunia akhirat. Welcome to the real world Adam. Semoga Adam menjadi anak yang tabah dan kuat mengharungi cabaran hidup di dunia ini. Restu ibu sentiasa bersamamu Adam.

*nota kaki- 
♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡πŸ’œπŸ’›πŸ’š❤πŸ’™
"Hidup ni perlukan restu dari seorang ibu. Syurga anak di bawah tapak kaki ibu. Walau kita bergaji besar sekalipun, sesenang mana sekalipun, selagi hubungan kita dengan ibu tidak dijaga dan tidak mendapat RESTU ibu seumur hidup, kehidupan kita tak tenang."

27 Jul 2017

LAHIRNYA MY LAST HERO

Alhamdulillah, tepat jam 2.56 pagi 16.7.2017 (Ahad) aku selamat melahirkan seorang lagi umat Nabi Muhammad s.a.w. Kelahiran sama seperti abang dan kakaknya di Hospital Putrajaya dengan berat 3.63 kg secara normal. Alhamdulillah Allah makbulkan doa aku agar dipermudahkan proses kelahiran anak aku tanpa sebarang komplikasi antara aku dan anak aku. 
Oklah kita flashback sebelum kelahiran hero aku ni yer. Sabtu 15.7.2017 majlis open house berjalan dengan lancar. Tetamu memang ramailah. Aku antara yang sibuk melayan tetamu sebab nak tolong angkat2 barang memang taklah. Ada makcik2 yg datang cakap muka aku macam muka menahan sakit tapi cuba semyum dengan tetamu. Hakikatnya memang betul. Sakit sebab baby dah masuk ke jalan dia nak keluar. Jadi bila aku nak bangun dari duduk memang slow sikitlah. Lebih kurang jam 7.30 malam majlis berakhir. Aku balik rumah mandi2 dl dan datang balik ke rumah mak mertua untuk bantu kemas mengemas. Lebih kurang jam 11 mlm aku balik ke rumah semula. Kira settle semua dah. Sampai rumah mandi sekali lagi dan bersiap nak tido. Masa ni lah dramanya bermula. Aku sempat tido lena lebih kurang sejam jer. Tetiba aku tersedar sebab terasa perut memulas2. Bukan nak memerut ni. Aku pusing kanan, tak hilang jugak sakitnya. Pusing kiri pun sama jugak sakitnya. Nak terlentang lagilah tak boleh. Sesak nafas aku dibuatnya. Sakit aemakin kerap ni. Perlu ke kejut asben. Kesian dia, dia penat setelah seharian jadi emcee open house tadi. Dalam aku dok tenung2 muka asben yg lena tu tetiba asben buka mata. Terkejut aku... dia tanya kenapa? Sakit dah ke? Aku hanya mampu anggukkan kepala. Asben ajak pergi hospital. Tanpa banyak soal jawab aku ikut aje. Dalam perjalanan ke Hospital, sakit tu datang lagi. Kerap dan semakin kerap. Yang aku ni berpegang selagi tak turun air ketuban atau darah aku malas nak pegi Hospital sebenarnya. Bukan apa, nanti asyik kena seluk jer (cek jalan bawah). Aku serik masa danish dl doktor lelaki yang seluk aku punya ehem2. Malulah aku. 

Sampai di Hospital terus buat pendaftaran dan aku di arahkan kencing terlebih dahulu pada sekeping kertas ujian. Nak tengok samaada baby aku dah berak atau belum kot. Siap kencing doktor suruh baring untuk cek jalan bawah. 2,3,4,5 cm. Itu yang keluar dari mulut doktor. Dalam hati aku Ya Allah dah buka 5 cm rupanya. Aku bayangkan baru dlm 2 cm.  Aku terus di cucuk dan di masukkan ubat. Tak pasti plak ubat apa. Doktor terus bagi arahan dekat nurse supaya aku d bawa ke labour room (LR). Sampai LR sekali lagi aku di cek. 9 cm. Ya Allah, cepatnya bukaan jalan. Nurse cakap kat aku kalau ada rasa nak teran, teran terus. Dah boleh n baby dah ready nak keluar. Sakitnya hanya Allah yang tahu. 3 kali aku teran tak berjaya lagi. Dalam hati aku tertanya2 jugak mana suami aku. Tak masuk2 lagi. Rupanya dia dok muntah kat luar. Pening kepala tak cukup tidurlah tu. Kali keempat aku meneran asben pun muncul sebelah aku untuk kasi support. Kepala baby dah nampak. Nurse semua kasi semangat kat aku soh teran. Tarik nafas dalam2 dan teran. Alhamdulillah Ya Allah, aku berjaya keluarkan my last hero tepat jam 2.56 pagi ahad. Masa baby keluar keadaan baby biru sebab terbelit tali pusat. Mujur dengan kecekapan nurse2 kat situ anak aku selamat. Dalam 5 anak, inilah yang paling cepat proses kelahirannya. Bayangkan kami sampai kat Hospital dalam 1.15 pg camtu. Dari pendaftaran, cek jalan dan proses kelahiran jam 3.15 siap semuanya. 2 jam shj. Betullah Allah makbulkan doa aku, doa asben dan doa ibu serta ibu mertuaku. Aku di hantar ke wad bersama hero aku. Aku tenung anak aku. Inilah yang selama 9 bulan aku bawa dlm rahim aku. Inilah yang sentiasa menendang perut ibu bila tak selesa ngan posisi aku. Siangnya aku dah dibenarkan pulang ke rumah. Tak sampai 12 jam aku di Hospital. Cepat benar rasanya. Tapi yang sedihnya baby kena tahan lagi. Gula kurang plak dalam darah. Aku minta stay kat hospital lagi untuk tgk anak aku. Doktor tak kasi, sebab anak aku akan di hantar ke NICU. Sedihnya x payah cakaplah. Orang lain keluar wad bawa baby memasing. Aku balik sendiri tanpa bany. Naluri seorang ibu saat aku pergi tengok baby kat NICU, mengalir air mata aku. Ibu terpaksa pulang tanpa kamu sayang. 
Balik rumah anak2 yang lain tertanya2 mana babynya. Kenapa x bawa balik? Kelihatan semua cam tak sabar nak jumpa baby.

26 Jul 2017

AIDIL FITRI OPEN HOUSE 2017

15.7.2017 bersamaan hari sabtu, seperti yang telah di rancang, satu majlis pertemuan MUSTAM GENERATION kali ke 4 diadakan. Tahun ini rumah emak mertua aku menjadi tuan rumah. Makna kata sebentar lagi akan ramailah saudara mara sebelah asben akan berkumpul di sini. Alang2 dah ada reunion maka itu kami adik beradik ngan mak mertua merancang buat open house sekali. Masing2  fikirlah apa yg nak di sponsor. Ikut hati aku nak masak jer. Tapi memandangkan keadaan aku yg sarat menunggu hari nak bersalin, asben kata tahun ni kita tempah ajerlah. Kata sepakat di ambil kami order NASI LEMAK PUTRA HEIGHT untuk 300 orang makan. 2 hari sebelum majlis rumah mak dah mula sibuk. Yang pasang khemah, ngan pasang khemahlah. Terpacak sudah 2 biji khemah. Cam kenduri kawin plak. Dalam kepala aku semua aku nak masak.
Dadihlah....
Bubur kacang hijaulah....
Spagetti lah..
Pendek kata segala apa yang yang aku tau semua aku nak masak. Seronok sebenarnya bila hasil dari air tangan kita, dapat menjamu tetamu yang datang.

Dalam dok pikir2 tu saje cakap kat asben nak tak kita tambah menu?. Bukan apa takut tak cukup makanan jer. Asben tanya larat ke? Buat yg mudah2 ajerlah aku cakap. Kata sepakat di ambil setelah bersidang kami nak buat nasi impit ngan kuah lodeh. Asben cakap awal2 dia tak paksa nak buat. Ikut kemampuan aku. Petang jumaat tu aku sempat siapkan puding roti ngan triffle. Itu aje yg mudah bagi aku untuk dessert. Puas hati aku dpt buat jugak. 
Sebelah malam plak asben rebus nasi impit. (Homemade ok. Xde brand nona atau lain2 brand). Sementara asben rubus nasi impit aku kat kat dapur, buat sambal ikan bilis pelengkap kuah lodeh. Dalam pada tu tetiba aku sakit perut. Bukan nak memerut. Adakah dah tiba saat kelahiran? Dari berdiri aku cuba duduk untuk mengurangkan rasa sakit. Hilang sekejap... sambung kacau sambal. Sakit lagi aku mengcangkung plak. Doa2 sempatlah masak sambal bilis aku ni. Alhamdulillah sakit tu hilang. Niat nak ke spital pun turut hilanglah. Hehehehe... so siap jugaklah menyambal utk malam ni. Sambil2 tu aku kerah anak2 aku potong sayur untuk kuah lodeh esok. Jadi esok tinggal masak ajer. 
Hari sabtu pun muncul. Selepas subuh kami laki bini x tido dah. Mula masak kuah lodeh. Bendanya senang aje, cuma sbb masak dlm kuantiti yang banyak, jadi masa atas dapur tu agak lama. 

Ok... kita citer pasal open house plak. Jemputan aku sah2lah semua kekawan aku. Dari SPA, MOA, JKM dan opis baru ni. Majlis bermula jam 2 ptg untuk saudara mara dan jam 3 untuk kekawan. Gambar atas tu ex MOA. Seorang bos yg sporting n hepi go lucky. Seorang yg tegas dalam kerja, tp kami enjoy keje ngan dia. Kalau dia marah sekalipun pasal kerja jer. Habis kerja dah ok. Dia pandai ambil hati anak buahnya sebab itulah dia sentiasa disenangi oleh orang bawahan dia. Thanks sudi singgah kat open house aku

Yang ni team opis baru aku sekarang. Masih peringkat mengenali hati budi masing2. So far so good. Semoga pertemuan ini dapat menjalinkan hubungan ukhwah yang lebih erat lagi antara kita. Tq sudi datang.
17 tahun mengenali dia. Teman sama2 lapor diri di SPA 17 tahun dahulu. 17 tahun sudah kami dalam.perkhidmatan awam. Alhamdulillah hingga saat ini hubungan persahabatan kami kekal. Bukan setakat kami sahaja, asben aku pun berkawan rapat ngan mamat ni sefemly. Tq jugak sudi singgah walau keadaan isterinya sedang sarat tunggu hari nak bersalin.
Memang aku tak sangka kawan dr JKM Jerantut sanggup datang ke Shah Alam. Ingatkan main2 dalam group whatsapp kata nak singgah. Aku send ajerlah location. Kebetulan dia hantar adik ke KLIA, so sebelum balik ke Jerantut singgahlah ke rumah mak mertua aku. Seorang lagi dari JKM Lipis, tp aku tak sempat nak snap gambar ngan beliau. Terharu sangat sebab kalian sudi datang.
Yang ni x yah cakaplah. Ni kazen2 MOA. Sahabat suka duka aku masa berkhidmat di MOA dahulu. Lama dah tak berkumpul camni kan. Kami dulu memang hantu selfie. Banyak kenangan bersama kalian. Kenangan itu yang menjadi pengubat saat2 kerinduan pada kalian. Susah nak cari ganti kekawan cam korang. Miss uollsss..