Agak susah nak mendapatkan pose anak kedua ni. Tapi petang ni mood dia ada baik agaknyer. Bila suruh dia beraksi, laju ajer dia merapatkan diri dgn adik dan kakaknya. Camnilah baru best. Sporting
Kerinduan seorang anak dengan seorang ibu terubat camni. Maklumlah bila ibu dan abah PJJ, 2 minggu sekali jer dpt jumpa camni. Sebab tu setiap masa tu perlu diisi dengan pelbagai aktiviti yang berkualiti. Kalau mirul rindukan ibu, begitu jugak dgn ibu. Rindu bangat sama kamu semua anak2 ibu.
Anak dan ibu hampir sama saiz dah...
Tak gayat rupanya danish ni. Dia boleh pergi sampai tepi cermin tu n tengok ke bawah. Kalau ibu, xdelah. Dari atas bumbung ni kita dpt tengok permandangan sekitar Subang Jaya. ooo camni rupanya pandangan dari atas. Satu pengalaman baru bagi aku. First time sampai sini walhal One City Skypark bukanlah jauh sangat dari rumah
Kejap2 asyik ibu jer jadi cameragirl korang. lama2 boleh habis bateri hp ibu camni.
Ni satu lagi. Aku awal2 surender. Untuk nak ke seberang sana aku tak sanggup nak lalu atas cermin kaca ni. Korang bayangkan, bila kita berjalan atas ni, kita akan nampak apa yg berada di bawah sana. Aku mulalah fikir yang negatif ajer. Buat ke masa2 berjalan tu tetiba cermin tu retak seribu. Tak pasal2 ko jatuh ke bawah sana. Dengan tahap ketinggian lebih kurang 8 tingkat kalau tak ke dalam tanah terus, mungkin patah riuk tulang2 korang..
gaya macho danish
aku dah penat sebenarnyer... ajak anak rehat jap. yang danish ngan amirul asyik berjalan kat atas cermin tu. nak citer sikit. kalau korang datang waktu malam tempat ni lagi nampak cantik. yang kat cermin tu memang terang-terangan korang akan nampak segala mak nenek apa yang berlaku kat bahagian bawah tu. Memang korang lagi gayat. Orang yang benar2 berani ajer mampu lalu atas tu. aku? memang taklah
Ibu jadi anak2 jap... melayan gelagat korang.
Bila dapat berkumpul semua, lengkaplah my lovely femly. Kebahagiaan anak-anak jua kebahagiaan aku ngan suami.
Apa-apa ajerlah aksi kkorang ni. Janji hepi sayang2ku
Anak sulong dah sama besar ngan aku....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan