13 Jul 2014

MENU 15 RAMADHAN

Seperti yang dirancang aku nak masak chicken black pepper hari ni. (wah tetiba bahasa omputih plak kuar). Dah lama tak buat ni.
Tambah plak goreng pedal ayam. Best jugak ni. Aku ngan anak buah jer yang makan. Mak aku  nak makan katanyer kena tumbuk @ blander dulu baru boleh telan. Orang tua dulu2 kata jangan bagi anak2 makan pedal ayam nanti jadi degil. Betul ke? Korang2 yang mana degil2 tu mesti masa kecik2 dok belasah pedal ayam kan.
Mesti ada sayur barulah balance pemakanan kita kan. Sawi cina masak hailam. Hailam lagi. Kelmarin ayam masak hailam.huuhuhu...wat kuah lebih supaya mudah nak masuk ke perut.
Anak buah ke bazar ramadhan, somi kirim popia
"Bila makcu beli kek ni?". Soal anak buah aku. "Kenapa nampak cam beli ke?". aku tanya balik. Penat2 aku wat dikatanyer aku beli. Masa makcu buat ko masih di alam mimpi lagi anak sedara ku. Ni namanyer puding pelangi. Kaler itu jer yang ada dalam stok aku. Maklum ajerlah lama tak membaking. Stok pun kuranglah. Aku jumpa kaler hijau n purple jee. Belasah ajerlah
Hari ni memang mewah makanan atas meja makan. Inilah nikmat bulan pose kalau kita memberi ngan ikhlas pada jiran tetangga, pasti ada balasannyer. Seperti biasalah bila aku buat sesuatu pasti aku akan diagih2kan kepada jiran. Cam hari ni aku kasi puding pelangi, sebagai balasan 3 jiran pulangkan bekas aku dengan isi. Tu diaaa.... laksa, cempedak goreng n apam beras. Mahu tak penuh meja. Camne nak diet tu rosnani oiiii...bak kata member aku, makan ajerlah selagi nikmat makan tu tuhan tak tarik. Kalau dah tuhan tarik suatu hari nanti, kan x boleh makan. Ok.. aku follow nasihat kawan aku tu.

Tiada ulasan: