17 Mei 2014

SAMBAL HITAM VERSI CHE ROSE

Taraaa.... tetiba tekak aku nak mamam sambal hitam plak. Minggu lepas dah beli sambal hitam ngan member sebekas. Dah habis pun aku bedal. Ini kali buat sendiri lagi bagus kot. Kebetulan belimbing buluh yang dah di rebus ada dalam peti (hasil aku rembat kat kampung aku). Hehehehe apa pun mekasih wat kakak ipar aku yang rajin merebus belimbing tu. Niat dia kasi tu nak soh aku wat niaga bulan pose nanti. Tengoklah, kalau aku rajin aku bisnes. Kalau penyakit malas yang lebih menguasai, hahahhaha sendiri mau ingatlah. Sebenarnyer seronok bisnes ni. Kepuasan lebih terasa bila kita dapat menikmati hasilnyer. Kita lebih tahu menilai dan menghargai setiap apa yang kita perolehi kerana itulah hasil dari titik peluh kita sendiri. Setiap sen yang kita dapat amat bernilai. Baru kita tahu camne susah senang dalam usaha mencari duit tu.

Tiada ulasan: