Kadang2 bila di fikirkan balik kelakar pun ada aku ni. Kisah ini malam. Lepas solat magrib tadi aku pegilah hantar anak sulong ke sekolah. Ada kelas tambahan. Maklumlah tahun ni nak peksa UPSR. Kelas malam ni khas untuk bebudak team bola baling yg wakil sekolah jer. Aku rasa cikgu wat camtu sebab nak cover balik mana2 subjek yang tertinggal kot, maklum sajelah banyak sangat games. Pernah aku cakap kat anak aku, tahun ni tak payahlah aktif sangat sukan. Tumpukanlah pada pelajaran. Kan nak peksa. Boleh dia jawab kat aku. Ibu tu dulu2 boleh plak aktif sukan. Ooooo.... rupa2nyer dia tengok sijil benti sekolah aku yang memang macam2lah cikgu aku tulis dulu.
Tak di nafikanlah dulu2 memang aku aktif sukan ni. Paling banyak acara larian dan lompat jauh lah. Apatah lagi semasa sekolah rendah. So, di pendekkan citer dia nak lawan aku lah. Suka hatilah puteri... IKUTLAH hehehehe. Berbalik pada citer asal aku tadi, kelas tambahan bermula dari kul 8-10 mlm. Masa ngantar aku angkut sorang jer bodyguard. Masa nak ambil kul 10 tadi aku siap offer lagi kat anak2 yg lain sapa mau ikut ibu pergi jalan2. Dalam maksud aku tu. Bila buat tawaran murah camtu sumelah nak ikut. Aku ok jee... Bawa jer. Selagi muat keta kan. Yang sebenarnyer aku nak wat teman aku. Entah kenapa tetiba ada perasaan takut plak nak drive malam2. Mulalah aku membayangkan yang bukan2. Ni sume pasal banyak sangat pengaruh tv lah ni. Hantu camni... Hantu camtulah... Ada yang tergolek lah. Ada yang terbanglah. Lagi satu dulu2 area rumah aku tu ada yang pernah terlihat sesuatu yang menyeramkan. Sudahnyer aku sendiri yang takut. Bila orang dok citer camtu aku selalu cakap janganlah kacau aku, aku tak kacau engkau. Dan aku kalau boleh janganlah dia tonjolkan rupa dia kat aku. Aku tak sanggup nak hadapi rasanyer. Aku tak kuat dalam bab tu. Lagipun dari kawasan perumahan aku tu nak kuar ke main road, gelap siot. Lampu jalan jauh2 jaraknyer. Harapkan lampu keta jer. Mahu tak seriau aku di watnyer. Kalau ramai2 ni riuhlah sikit....apapun alhamdulillah, aku dah selamat pergi dan balik.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan