D sebabkan kelas H pelajar melayu x ramai, maka masa subjek agama islam akan d gabung ngan kelas aku. Walau hakikatnyer aku amat menantikan saat2 tu, sebenarnya dlm hati aku ttp ada debaran. Malu satu hal. Buat ke ustazah tanya, aku x dpt jawab. Malu siot. Naik ting.5 masih gabung kelas lg. yg best plak H pun ambil subjek pendidikan seni utk SPM. lg rapatlah kami. Utk projek SPM kami kena dtg sekolah setiap sabtu utk siapkan projek tu. H wat batik. Aku wat paper bag masa tu... Satu pengalaman yg mmg aku x leh lupa ialah masa subjek mate. Kami d arahkan membawa buku sifir 4 angka. Malangnyer dr berpuluh pelajar x sampai 10 org yg bawa buku tu. Cikgu plak ckp camne nak ajar sbb wajib ada buku sifir tu. Agaknyer dia dah geram ngan kami "hari ni kita x payah belajar. Ok yg x bawak buku sifir beratur kat luar. Sy nak kamu turun naik tangga sampai habis waktu sy". mak ai... 40 minit tu. Dahlah kelas aku kat tingkat 3. Kira ok lagi tu. Masalahnyer plak aku kena lalu depan kelas H. Masyaallah... Malu gilee beb...
Beselah... masa bercinta banyak janji yg termatri. Lau boleh sume yg bercinta nak ke jinjang pelamin hidup bersama hingga ke jannah kan. Kita hanya mampu merancang tuhan yang menentukan segalanyer.SPM selamat aku duduki ngan jayanyer. Aku dah buat sehabis baik. Berserah sajalah apa sahaja keputusannyer. Sementara menunggu keputusan SPM, aku merantau mula menjadi MINAH KILANG di SONY bandar baru bangi. sempatlah 3 bulan merasa pegang duit hasil titik peluh keringat sendiri. Tp duit x tau kemana. Mahu taknyer. Boypren dok kat pantai timur. Kami berhubung hy melalui surat. Pos laju plak tu sekali pos kos masa tu dlm RM5. tepon lagi. Selang semalam aku pasti call H. Biarpun xde benda nak d sembangkan, cukuplah sekadar dpt mendengar suara dia pun dah ok. Sekali call RM10 pasti lebur. Xpelah.. Cinta punya pasal. dasyat kan penangan org bercinta ni.
Bila SPM kuar, alhamdulillah keputusan yg baik utk aku. Gred 1 dlm tangan. Jd aku mampu buktikan kpd kekawan n cikgu (yg mana tau aku bercinta) yg budak bercinta pun boleh berjaya dalam pelajaran. Aku kembali sekolah ting 6. Cuma apa yg aku kesalkan dlm geng2 aku, aku sorang yg blh sambung ting.6. Aku dah jadi kosong. Jd cam kera sumbang plak... Dlm masa yg sama aku ada aply masuk maktab. Tp nasib malang bg aku. Masa nak pg ujian kat sek.men.sains raub aku xsiden ngan abang aku. Puncanyer aku terlena atas motor. Mahu taknyer... Ujian kul 8 pg. Jd aku ngan abg aku bertolak dr Lipis awal gaklah. sampai satu selekoh aku terus landing baik punya. mujur aku jatuh kat ats rumput. Yg siannyer abang akulah. Patah tangan dia. Bersalah sangat aku ngan dia. Org awam yg tolong hantarkan aku ke pusat ujian n hantarkan abg ke spital. Tp aku x leh fokus dah. Perut bergelodak. Otak pk kan abang aku. Sudahnyer aku muntah, pening. Keputusannyer aku gagal... Hahahha
H waktu tu dah sambung belajar kat terengganu. Aku wat keputusan benti sekolah n masuk kolej kat KL. susah gak nak pukuk femly supaya izinkan aku belajar kat KL. KL bandar besar kan. dahlah aku pompuan anak bongsu plak tu. Janji aku akan blajar sungguh2 d samping wat part time utk cari duit blanjer. So dgn berat hati gaklah femly aku lepaskan aku dok KL. Bermulalah aku menjadi minah KL. hubungan ngan H semakin renggang. X tau d mana silapnyer. mungkin bila dah dok berjauhan agaknyer. sudahnyer kami membawa haluan masing2... H dengan haluannyer, aku ngan haluan ku. Cuma kdg2 masih call. Mungkin sayang tu masih ada kan. Tp aku percaya "sekuat mana pun kita pertahankan, sayang mana pun antara kita,sedalam manapun cinta kita kalau tuhan dah kata dia bukan jodoh kita, kita tetap x akan bersama. Serupa jgk lau sejauh mana kita duduk, sebenci mana antara kita, kalau tuhan dah kata dialah jodoh kita, bersatu jgk kita". Mungkin ada hikmahnyer kita x bersama. Tuhan tu dah bg yg terbaik utk jodoh kita. Mungkin kita x sesuai untuk bersama. Mungkin juga kita lebih sesuai sebagai teman sahaja...
Tahun demi tahun dpt berita H dah kawin. Alhamdulillah... H dah bertemu ngan jodohnyer. Semoga H dpt melupakan aku. Aku pun selang beberapa bulan selepas perkahwinannya juga ke jinjang pelamin. alhamdulillah hingga kini masuk 12 tahun aku bergelar isteri kpd en.somiku. 12 tahun bersama aku di kurniakan 4 org cahayamata.H aku sendiri x tau berapa org anak dah sekarang. Last aku dpt tahu dr member dia dah ada 2 anak. Alhamdulillah.... Dr kejauhan ini aku sentiasa mendoakan agar H akan sentiasa bahagia bersama istrinyer juga d samping anak2nyer. Siapa saje yg berada d sisinyer jagalah dia sebaik mungkin.itu amanah Allah buatmu H. sayangi dia, hargai dia, lindungi dia dan berilah dia segala2yg dia berhak...itu sume keje tuhan kan. Itu dah ketentuan Ilahi. Kita harus terima ketentuannyer biarpun pahit kerna d hujung nanti pasti akan ada manisnyer.itu janji Allah kan.
Kenangan adalah kenangan. Kan tetap menjadi kenangan. X kira manis mahupun pahit, ia adalah sebahagian dr rencah kehidupan kita. Bg aku x salah kita menyimpan kenangan itu.cuma jgn d salah guna jer. Jadikan ia sebagai panduan hidup. Biarlah ia bersemadi si satu sudut dalam hati ini. Jika tiada kenangan tidaklah kita menjadi kita yg hari ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan