20 Apr 2012

ADUHAI MAK....

jumaat lepas (13.04.12) dlm kul 5.15 pg, aku yg br lelapkan mata selepas buat susu danish kedegaran pintu bilik di ketuk.  Aku ni yg memang jenis telinga lintah terus tersedar n bangkit buka pintu. Tersentap sekejap melihat keadaan mak aku. Rupanyer mak tgh sesak nafas. Aku lihat sendiri camne keadaan dia yg mmg tgh tercungap2 tu... "mak kenapa?" soalku. 
"mak x boleh nafas" katanyer
lalu aku dudukkan mak, dah urut2 blkg mak. nampak ok skit. selang 10 minit mak jadi lg. Terus kejutkan hubby aku, ckp aku nak hantar mak p klinik. capai kunci keta terus pg NADI KLINIK. sib baik buka 24 jam.  Doc kasi neb sekali. mak rasa lega skit. lepas jer dpt ubat, kami blk rumah. Tak sampai hati nak tinggalkan mak, aku EL jerlah hari ni. So, sepanjang hr jumaat aku jg surirumah sepanjang masa.  
mak aku kasi rehat seckpnyer..bila dok sembang2 ngn mak, ingat balik kejadian pg tu mak kata dlm hati dia dok kata TUHAN dah nak ambil nyawa dia. Aku bila dengar mak kata gitu, huhuhu... tetiba hati aku jd sebak. aku blom sedia untuk semua tu. aku masih perlukan mak... sayang mak muuahh...muahh

Tiada ulasan: