Masuk hari ke-3 (9.9.10 - Khamis)
Dam,dam,dum bunyi mercun. yeh2x! Esok nak raye. Nak balik kampunng. Itu tahun-tahun lepas punya cerita.Tahun ni, merasalah raye kat spital...Mungkin takde rezeki Danish nak jumpa orang Lipis lagi.
Berbalik pada kisah Danish.... Masih pakai tiub, Masih pakai oksigen. Cuma gas sudah dikurangkan kepada 4 jam sekali. Alhamdulillah. Rutin harian, buatlah apa-apa yang patut untul Danish. Jap lagi waktu melawat suami aku datang, bolehlah aku lelapkan mata seminit 2.Cover semalam punya tak cukup tido beb.Syahdunye raye kali ni..camnelah anak-anak aku yang lain kat rumah tu. Apa mereka buat. Walaupun abahnya ada, tak sama ngan maknye.. Mesti ada rasa cacat celanya..Kena plak malan raye. Kalau sebelum2 ni malam raye ni aku sibuk melayan anak-anak dok main bunga api.(Kadang-kadang maknye yg lebih).Dok kat spital, langsung aku tak dengar takbir raye. Tapi kalau dengar lagi melalak aku kat spital ni rasenya... Danishkan masih berwayar. Jadi aku tak boleh nak pergi ke mana2. Terikat kat katil jerlah.... Suami kat rumah masak nasi himpit, kuah kacang dan rendang. Sedap ker? Hahaha... nak tau., tunggu esok suami bawa kat aku. Danish plak, dah ada perkembangan yang baik. batuk dah kurang. Aku gatal2 tanya kat doktor bila boleh kuar. Doktor kata nak kuar n balik kg boleh. Tapi kena sain surat (kalau terjadi apa2 hospital tak kan tanggung) dan kalau balik kg pun kena duduk kat hospital Lipis. Emmm... Kalu camtu serupa tak payah kuar.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan