20 Apr 2018

ANAK ABAH

 Inilah anak abah katanya. Bilamana ibu bz atau buat2 bz abah akan ambil alih untuk tidokan Adam. Lena Adam di dada abah.

 Tak lenguh ke sayang?


18 Apr 2018

HAPPY BIRTHDAY MY IMAM

17 April 1976

Lahirmu penyeri hidup BONDA
Lahirmu tertulis jodoh aku
Lahirmu sebagai pemimpin aku
Lahirmu sebagai pembela aku
Lahirmu untuk menyintai aku
Lahirmu untuk menyayangi aku
Lahirmu untuk melengkapkan kekurangan aku
Lahirmu untuk zuriat aku dan
Lahirmu sebagai IMAM aku


17 April 2018

Genaplah 42 tahun usia asben aku. Dia selalu cakap tua dah abang. Betullah tu dan Alhamdulillah kerana sentiasa ingat yang diri dah tua. Sama-sama kita mencari atau lebih mendekatkan diri dengan saham akhirat. Cam tahun-tahun sebelum ni, aku memang suka buat surprise2 ni. Kalau tahun lepas aku hantar coklat bouquet kat opis asben. Tahun ni aku tukar plan. nak buat kat rumah jer...Jadi tanpa pengetahuan asben aku apply cuti. Jadi dari pagi inilah keje aku.

Kek Pandan leleh meleleh febret aku. dapat 2 adunan. Mula2 ingat nak buat 2 tingkat. Tapi fikir2 balik, takut tak habis nak makan. Jadinya buat sebiji2. 1 untuk asben dan 1 lagi bawa ke opis. Rezeki kekawan pejabatlah tu.
Seminggu sebelum kejadian aku dah plan segala bagai. Nekad tahun ni nak buat sendiri segalanya. Itu satu kepuasan bagi aku. Aku print siap2 gambar asben. aku stalker FB dia untuk cari gambar yang esem2.
Satu kepuasan bagi aku bila dari A- Z aku uruskan sendiri dengan bantuan anak sulong. Pagi2 aku settlekan kek dl. Pastu aku ke GM Klang untuk gubahan hadiah plak. Walau tangan taklah berseni mana, tapi aku suka ngan hasil tangan aku. Yang penting aku ikhlas lakukan. 
Taraaa...
Inilah hasilnya. 3 kotak rokok bukanlah menggalakkan asben hisap rokok. Saje suka2 nak kan kelainan. Orang lain asyik ngan coklat jer... Jadi aku topupkan dengan rokok sikit. coklat tetap ada sebagai pemanis.
Asben dah jimat untuk beli rokok untuk 3 minggu ni. Tahun depan x tau lagi camne plak nak buat. mungkin ada idea baru akan datang kan. 

20 Mac 2018

BROWNIES

Bila di layan keinginan tekak n selera makan, maka terhasillah brownies ni. Simple jer. Yang penting rasanya sodap. Selalu buat topping nutela. Mmg sedaplah. Hargapun boleh tahan. Kali ni aku try letak peanut.  Mmmmm... tak berapa menyentap selera. Nutella juga yg menang. So pendek citer yg topping peanut lanbat sikit habis berbanding nutella. Ada yg order aku ambil tak mahal pun. Kalau camni rm45. Oklah kan.  Yang mana nak repeat boleh jer. Tapi bergantung pd scedule aku jugaklah. Maklum ajerlah sejak beranak kecik ni, masa agak mencemburui untuk aku membaking.

HUJUNG MINGGU DI HALAMAN RUMAH JER..

Plan punyalah baik hari ni. Nak pegi GM lah. Pastu nak singgah Peransang lah. Last sekali nak ke taman permainan. Sudahnya plan hanya tinggal plan aje. Cuaca tak mengizinkan untuk kita jejalan. Hujan turun agak lebat.
Pendek kata kita ambil angin depan rumah ajerlah adam yee. Next time kita plan lain. Tengok ke adam ni cam geram nak berjalan jer. Tengoklah bila dapat kaki nanti kan.

BUBBLE RICE COKLAT

Taraaa... bila keinginan anak sulong nak berniaga kat sekolah. Aku sokong n kasi semangat jer. Tolong ajarkan cara2 nak buat n carikan bahan2. Selebihnya anak sulong yang buat. Cam aku jugak minat berniaga. Awal2 dl, dia nak jual cheaskut, tapi aku cakap modal besar. Kalau setakat nak ambil order sebekas atau 2 bekas baik lupakan niat tu. Melainkan kalau kumpul order banyak, baru boleh buat. Sekali jalan kan.
Ni lah hasilnya.. 
Bubble rice coklat. Bagi penggemar coklat mesti suka. Semoga kau berjaya nak...

12 Mac 2018

HIDUP MENYUSAHKAN ORANG

Lama tak menulis ni....
Aku tau kau masih mengikuti blog aku ni. satu benda yang nak kasitau kat ko. Hidup kita ni kalau tak dapat restu dari insan yang bergelar IBU atau  EMAK atau UMI atau MAMA atau sebagainya yang sama erti, hidup ko pasti akan porak peranda. Hidup ko tak pernah tenang. Hidup ko tak pernah rukun damai. Walau ko bergaji ribuan ringgit, sekali ko membelakangkan ibu, xde makna weh..!! Ko mesti rasa duit tu sentiasa tak cukup. 
Orang macam ko ni memang betul2 menyusahkan orang lain. Nasihat aku sila mereput atau sila meninggal. Sila gali lubang kubur sendiri dan terjun dalam tu. Aku tolong kambuskan pun boleh. Tak berkawan manusia cam ko ni sikit pun aku tak heran.. 1 sen pun tak rugi.

17 Sep 2017

KASWI

Jom kita berkaswi petang2 cegini. Pekena plak mgan kopi O panas. Perghhhg.. πŸ‘πŸ‘lah jawabnya. Buat seloyang jer. Itupun banyak sebenarnya. Tak habis pun. Cam beselah, buat agihan ke rumah jiran2. Ni kalau buat untuk jualan pun, ok jugak. Kuih ni mudah jer nak buat dan bahan2 pun orang kata yg sentiasa ada kat dapur. Ok aku kongsi resepinya yer..

BAHAN2
2 Cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung ubi
1 cawan gula
1 cawan gula merah
5 cawan air
3/4 sudu air kapur makan
Kelapa parut (bhgn putih sahaja)
Sedikit garam

CARA2
Campurkan semua bahan. Kacau hingga sebati dan larut. Tapis ke dalam loyang yg telah dileserkan dengan minyak. Kukus selama 45 minit dengan api sederhana besar. Dah masak, sejukkan dulu baru potong dan gaul dalam kelapa yg telah digaul bersama sedikit garam.

Sekarang dah boleh makan. Jom  ngap. Tunggu apa lg

30 Ogo 2017

SUPLEMEMT IBU DALAM PANTANG

Saje nak share ngan korang apa yang aku makan dalam tempoh berpantang anak ke5 aku kali ni. Xde dah aku membeli produk yang mahal2 macam aebelum2 ni. Beli yang mahal2 pun sama aje fungsinya. So dipendekkan citer aku beli set berpantang afiat. 
ESP tu memang dah lama aku minum. Banyak fungsinya. Bukan setakat untuk ibu berpantang. Tujuan asal aku minum ni untuk kuruskan badan. Munum susu ESP ni, dia membuatkan kita rasa kenyang. Jadi kuranglah sikit rasa nak menguyah tu. Selain tu bagi ibu2 yang menyusu plak dia membantu meransang susu ibu lebih banyak. Niat aku kali ni memamg nak anak aku minum sekurang2nya sampai usia 6 bulan secara ekslusif. 

Aku juga amalkan Vit C plus dah lama. Yang ni untuk kulit. Kasi kulit x kusam sgt. Nak cantik jugak kan. Ostemetrix tu untuk elakkan sembelit. Maklum ajeelah lepas2 bersalin ni, takut jugak kalau sembelit. Dengan luka lg nak kena jaga. Seriau wooooo.. Alhamdulillah dengan aku amalkannya segala proses berjalan dgn baik.

Pil jamu afiat tu selepas 20 hari bersalin baru aku makan. Jangan tanya kenapa, sebab dah arahan dia begitu. Nak makan awal2 pun aku tak berani jugak. Takut effect kat baby jer. Takut cirit baby plak. Paling last dan baru jugak aku amalkan ialah tablet femilac. Tablet ni untuk memperbanyakkan dan memeriahkan susu badan. Ternyata betul. Selepas aku amalkan banyaklah jugak susu badan aku. Selain itu dia memwkatkan susu ibu2.