30 Ogo 2017

SUPLEMEMT IBU DALAM PANTANG

Saje nak share ngan korang apa yang aku makan dalam tempoh berpantang anak ke5 aku kali ni. Xde dah aku membeli produk yang mahal2 macam aebelum2 ni. Beli yang mahal2 pun sama aje fungsinya. So dipendekkan citer aku beli set berpantang afiat. 
ESP tu memang dah lama aku minum. Banyak fungsinya. Bukan setakat untuk ibu berpantang. Tujuan asal aku minum ni untuk kuruskan badan. Munum susu ESP ni, dia membuatkan kita rasa kenyang. Jadi kuranglah sikit rasa nak menguyah tu. Selain tu bagi ibu2 yang menyusu plak dia membantu meransang susu ibu lebih banyak. Niat aku kali ni memamg nak anak aku minum sekurang2nya sampai usia 6 bulan secara ekslusif. 

Aku juga amalkan Vit C plus dah lama. Yang ni untuk kulit. Kasi kulit x kusam sgt. Nak cantik jugak kan. Ostemetrix tu untuk elakkan sembelit. Maklum ajeelah lepas2 bersalin ni, takut jugak kalau sembelit. Dengan luka lg nak kena jaga. Seriau wooooo.. Alhamdulillah dengan aku amalkannya segala proses berjalan dgn baik.

Pil jamu afiat tu selepas 20 hari bersalin baru aku makan. Jangan tanya kenapa, sebab dah arahan dia begitu. Nak makan awal2 pun aku tak berani jugak. Takut effect kat baby jer. Takut cirit baby plak. Paling last dan baru jugak aku amalkan ialah tablet femilac. Tablet ni untuk memperbanyakkan dan memeriahkan susu badan. Ternyata betul. Selepas aku amalkan banyaklah jugak susu badan aku. Selain itu dia memwkatkan susu ibu2. 

1 Ogo 2017

TRIFFLE VERSI DALAM PANTANG

Dah lama aku dok usha bahan2 nak wat triffle ni. Setiap kali aku masuk dapur terpandang aje kat buah-buahan dalam tin, serbuk jelly dll. Dok fikir jugak bila agaknya aku boleh buat triffle ni. Keinginan nak makan tu ada, tapi apakan daya aku masih dalam pantang. Masa open house baru ni aku ada buat jugak. Tak sempat nak makan banyak2. Bz sangatlah katakan. 
So hari ni gagahkan jugaklah. Aku nekad nak buat triffle sekaligus melenyapkan segala bahan dari pandangan aku setiap kali masuk dapur. Dah list siap2 kepada siapa akan aku agihkan untuk 5 bekas ni. 
1. Mak mertua
2. Adik ipar
3. Jiran belakang rumah
4. Asben bawa pejabat
5. Untuk anak2 makan

Buatnya senang sangat. Janji kerajinan tu ada. Aku tulis kat sinilah. Sebagai tatapan dan rujukan aku di masa akan datang. Manalah tau lain kali nak buat lagi, tetiba lupa.

BAHAN2
1 tin buah- buahan dalam tin
1 tin susu cair
1 tin air 
1/2 cawan gula
1/2 cawam tepung kastad
1/ 2 cawan jus air dari buah dalam tin
Kek roll
Sekotak jelly

CARA-CARA
Potong kek roll setebal 1 inci. Susun dalam bekas. Renjiskan jus buah-buahan sampai agak2 lembab. Ketepikan. Satukan susu cair, gula, air, jus buah-buahan dan tepung kastad. Masak atas api perlahan sehingga agak pekat. Tuangkan kastad di atas kek yg di susun tadi. Tabur buah-buahan campuran di atas kastad. 

Masak jelly mengikut arahan pada kotak. Tuang atas buah-buahan tadi. Letak dalam peti sejuk dlm 3 jam. Pastu baru boleh makan. Sedap beb..
Kalau nak nampak cantik, buat dalam bekas yg jernih. Boleh nampak dari sisi kejadiannya.Nampak setingkat-setingkat.

BEKPES ORANG PANTANG

Hari ni dah 17 hari aku berpantang. Maka itu hampir 17 hari jugaklah aku bekpes dengan menu di atas. Nak wat camne, bersabar dan bertabahlah. Pejam celik pejam celik tak lama dah habislah tempoh berpantang aku. Tak sabar nak habiskan tempoh itu. Alhamdulillah hingga saat ni aku masih mampu mengawal nafsu makan aku. Takdelah ngade2 nak makan itu dan ini. Waktu pagi memang bekpes aku 
air kopi/ milo + biskut, lunch aku plak nasi ngan  ikan kerisi rebus + ulam-ulaman + air masak. Petang plak aku minum secawan milo + biskut merry dan malam plak lebih kurang jer ngan menu lunch. 
Untuk mengelakkan sembelit aku amalkan makan buah2. Selalunya aku makan oren atau anggur.  Disamping tu aku juga amalkan suplement dari produk SHAKLEE. Antaranya ostematrix untuk mengelakkan sembelit.
ESP untuk meriahkan susu badan disamping mengenyangkan perut dan VIT C untuk serikan kembali kulit2 yang kusam sepanjang tempoh mengandung dulu. Stok SHAKLEE senang jer nak dapat. Aku selalu order ngan NORAIDA OMAR. Kalau korang nak order bolehlah call dia di talian 012-9920365.